Ahad, 25 September 2016

AHLI KUMPULAN 9




     NAMA : MUHAMAD NAZMI BIN NORDIN
     NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1027
     KELAS :DEE1A





     NAMA : MOHD SYABIL BIN ROSLIN
     NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1002
     KELAS : DEE1A






     NAMA : MUHAMMAD ASRAF BIN ADNAN
     NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1024
     KELAS : DEE1A





NAMA : MUHAMMAD SYAZWAN BIN HILMI
NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1022
KELAS : DEE1A



PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU



Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Kehadiran tentera Jepun yang ramai memaksa British untuk berundur. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Sebahagian tentera Jepun bergerak ke Pantai Timur menuju Kuantan dan sebahagian lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada masa yang sama, Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbor di Amerika Syarikat melalui udara. Pertahanan laut British menjadi lemah, terutamanya apabila kapal tentera laut British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang bertugas untuk mengawasi Pantai Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941. Pada 11 Disember 1941, Jepun mengebom Pulau Pinang seterusnya menguasai Jitra dan Alor Star pada 12 Disember 1941. Pada pertengahan Februari 1942, Jepun telah berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Di Sarawak, Jepun menawan Miri pada 16 Disember 1941 dan Kuching pada 24 Disember 1941. Tentera Jepun mula menawan beberapa bandar utama di Sabah seperti Labuan, Beaufort, Jeselton dan Sandakan pada Januari 1942. Seluruh Sabah dikuasai tentera Jepun pada awal Mei 1942.







FAKTOR KEJAYAAN JEPUN


1. Persediaan yang rapi


Sebelum Jepun melancarkan perang ke atas Tanah Melayu, mereka telah membuat persediaan khususnya mengumpul maklumat penting berhubung dengan kekuatan pertahanan British, angkatan dari kelengkapan peperangan. Menyedari bahawa kubu pertahanan British di Singapura agak sukar untuk dimusnahkan, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari arah belakang, iaitu melalui Kelantan yang tidak mempunyai pertahanan yang lengkap. Ini membolehkan pergerakan tentera menjadi lebih mudah dan dalam masa yang singkat Tanah Melayu telah berjaya dikuasai.




2. Penguasaan tempat yang strategik


Jepun juga bertindak dengan menawan padang kapal terbang yang terletak di Kota Bharu, Alor Star dan Taiping. Penawanan tempat strategik ini menyukarkan dan melemahkan pertahanan udara British. Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu juga dilancarkan dengan pantas dan tersusun. Jepun telah menggerakkan pasukan tentera udara, laut dan daratnya dari pangkalan mereka di Indochina dan Siam.




3. Lumpuhnya armada laut British


Di samping menghancurkan pertahanan tentera udara British, Jepun juga telah berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang Inggeris, iaitu Repulse dan Prince of Wales pada pada 10 Disember 1941 yang sedang berlayar di Laut China Selatan berhampiran Kuantan bagi menghalang konvoi Jepun yang sedang menuju ke arah Selatan. Dengan tenggelamnya dua buah kapal perang ini, Tanah Melayu terdedah kepada serangan laut oleh tentera Jepun






                    Kapal perang Prince of Wales kepunyaan British




4. Keberanian tentera Jepun


Pasukan tentera ke-25 yang diketuai oleh Leftenan Yamashita telah datang dengan semangat hidup atau mati bagi tujuan suci mereka. Semua tentera telah diarah menyediakan wasiat mereka. Di samping itu, tentera Jepun juga telah mempunyai pengalaman berperang selama bertahun-tahun di Manchuria dan telah mendapat latihan perang untuk berperang di kawasan Tropika.




5. Pakatan dengan kerajaan Siam


Pendaratan Jepun di Singgora merupakan sebahagian daripada rancangan untuk memujuk atau memaksa negara Thailand supaya bekerjasama dengan Jepun. Ini telah menyebabkan suatu Persetiaan Perikatan telah ditanggani pada 11 Disember 1941. Ini seterusnya telah membolehkan pergerakan tentera Jepun untuk memasuki Tanah Melayu menjadi semakin mudah.






                                Laluan Jepun ke Tanah Melayu






6. Semangat tentera Berikat 


Pasukan tentera Berikat yang mempertahankan Tanah Melayu terdiri daripada lapan bridged askar India, dua bridged askar Australia dan dua bridged sukarelawan Melayu. Pasukan tentera Berikat ini, khususnya lapan bridged tentera India tidak mempunyai pengalaman berperang. Bagi memastikan tentera India yang mempertahankan Tanah Melayu hilang semangat umtuk berperang, tentera Jepun telah menyebarkan dakyah bahawa Jepun mempunyai hasrat untuk membebaskan Asia termasuk India daripada cengkaman jajahan kuasa Barat termasuk India. Ini telah menyebabkan tentera India yang berperang telah berpaling tadah dan memudahkan kemaraan tentera Jepun.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN



Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan yang negatif terhadap penduduk Tanah Melayu dari pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan politik.








1. Sosial


Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA. Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu, pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan taraf kesihatan penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand, yang juga dikenali sebagai landasan kereta api maut.




2. Ekonomi


Sewaktu pemerintahan Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagai infrastruktur asas telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang baru di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak terkenal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import-eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh.




3. Politik


Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa pertubuhan ini akan menggugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA). Walau bagaimanapun, disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan dengan pemerintahan Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu, aktiviti PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin telah merancang  penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali sebagai KRIS (Kesatuan Indonesia Semenanjung). Tetapi rancangan ini tidak sempat dilaksanakan kerana pemerintahan Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggeris serta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbiran Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan Malayan Union tidak dapat dilaksanakan.





                                            Contoh kesan pendudukan Jepun
ISU- ISU SEMASA TENTANG NEGARA JEPUN


PERDANA MENTERI JEPUN UMUM PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYSIA.


Perdana Menteri Malaysia dan Barisan Kabinetnya mengatakan bahawa jika pendidikan percuma diberikan kepada rakyat Malaysia, negara akan bangkrup. Perdana Menteri Jepun Sinzo Abe telah mengetuai kabinet Jepun bagi meluluskan biasiswa percuma kepada setiap pelajar dari Malaysia untuk belajar di Jepun. Tinjauan dari wartawan di Tokyo mendapati pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana kelihatan sangat gembira dan mereka juga telah berikrar untuk berbakti kepada kerajaan Jepun atas inisiatif membalas jasa-jasa baik kerajaan Jepun. Ketika di tanya kepada salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di Jepun mengenai biasiswa percuma dari kerajaan Jepun ini, mereka berkata, "sedangkan kerajaan Jepun pun sanggup memberikan pendidikan percuma kepada kami, tetapi kerajaan Malaysia mengatakan negara akan bangkrup dan rakyat akan malas jika semuanya diberikan percuma".







JEPUN MAHU KERETA API LAJU SHINKANSEN BEROPERASI DI MALAYSIA







Jepun hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Hasrat itu disuarakan Perdana Menterinya, Shinzo Abe, dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Malaysia yang diketuai Datuk Seri Najib Razak. "Saya berharap dapat  melihat Shinkansen  beroperasi di bumi Malaysia," katanya padang sedia media bersama dengan Najib, selepas mesyuarat di pejabat Abe. Mengulas perkara itu, Najib berkata, mereka menghabiskan masa yang lama bagi membincangkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi membabitkan kerajaan Malaysia serta Singapura. Pada awal bulan ini, Perdana Menteri dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, mengulangi komitmen penuh kedua-dua negara bagi menjayakan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi itu, yang mampu mengurangkan masa perjalanan kira-kira 90 minit berbanding tiga jam menerusi jalan raya, pada masa ini.










PENGAJARAN


  • Sebagai rakyat, kita mestilah mempunyai semangat yang tinggi demi menegakkan negara kita yang tercinta dari sebarang penjajahan yang membolehkan negara kita menjadi kucar-kacir 
  • Kita juga haruslah berani dalam memperjuangkan keadilan negara walaupun negara kita dilanda pelbagai propaganda yang boleh memecahkan semangat perpaduan antara kaum.
  • Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan kita supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan
  • Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu.
RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyerahan_kalah_Jepun 
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu
Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah@Razali, Mohamad Faizal Ahmat.  Pengajian Malaysia.  Penerbit Oxford Fajar
KESIMPULAN



Tempoh pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 4 tahun sudah cukup untuk memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk. Memang benar semangat nasionalisme timbul taktala Jepun meniup api semangat pemerintahan berkerajaan sendiri, namun itu hanyalah sekadar propaganda yakni kehidupan binasa. Orang-orang Melayu dan India Tegar menyokong perjuangan Jepun yang mahu membuka belenggu British di Asia namun akhirnya terjerat dengan harapan mereka sendiri tidak ubah seperti 'mengelak daripada mulut harimau kemudian masuk ke mulut buaya'. Memoir A. Samad Ismail jelas membuktikan kepayahan dan kesukaran hidup di zaman Jepun, dunia yang luas seperti di dalam sangkar besi. Segala pergerakan terbatas dengan kehidupan sekeliling dipenuhi mayat-mayat bergelimpangan ataupun darah-darah berhamburan. Kesimpulannya, memoir ini memang telus dalam mengisahkan penderitaan dan penyiksaan semasa zaman pentadbiran Jepun, bukannya dipengaruhi prasangka atau dikaburi oleh emosi semasa beliau menulisnya.